Tarikh : 23 Febuari 2019 Masa : 2.30 Petang – 4.30 Petang Lokasi : Pusat Internet PPR Simpang Perdana Peserta : 6 orang |
Tujuan
Tujuan permainan ini diadakan untuk menguji minda dan kepantasan mata pelajar supaya mereka dapat mencari perkataan yang telah diberi oleh petugas. Melalui permainan ini, petugas dapat melihat ketelitian dan ketekunan seseorang pelajar dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi.
Aktiviti
Pelajar diberikan kertas yang telah lengkap dengan perkataan yang disediakan.Kemudian, pelajar perlu mencari perkataan tersebut di dalam kotak yang penuh dengan abjad yang bercampur.