Info BPN:
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa Kedua secara tunai dilaksanakan bermula pada 14 Mei 2020 hingga 31 Disember 2020.
Rujuk perkara di bawah untuk maklumat lanjut:
1. Bayaran secara tunai kepada penerima:
– Tiada akaun bank
– Bayaran BPN gagal dikredit ke akaun penerima
2. Anda dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan masing-masing secara atas talian terlebih dahulu melalui laman berikut:
– Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia – http://www.hasil.gov.my
– Bantuan Sara Hidup (BSH) – https://bsh.hasil.gov.my
– Kementerian Kewangan Malaysia – https://www.treasury.gov.my
3. Penerima perlu membawa kad pengenalan ketika menerima bayaran tunai di Cawangan BSN.
4. Pihak BSN ingin menegaskan agar setiap pelanggan mempraktikkan penjarakan sosial sejauh 1 meter dan memakai topeng muka semasa melakukan transaksi perbankan di premis Cawangan BSN.
5. Sila klik https://bit.ly/BSN-BPN untuk soalan lazim (FAQ) mengenai pembayaran BPN.
Sumber: BSN