Tarikh : 25 Jun 2025
Masa : 9.30 Pagi – 10.30 Pagi
Lokasi : NADI Pusat BDD Kg Baru Pokok Assam
Peserta : Ahli NADI
Tujuan
– Program ini bertujuan untuk memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan komuniti setempat melalui pendedahan kepada kemahiran-kemahiran asas yang relevan dalam kehidupan harian dan keusahawanan. Forum ini juga membuka ruang kepada masyarakat untuk memperoleh ilmu secara santai dan praktikal, sekaligus menggalakkan penyertaan aktif dalam inisiatif NADI Mahir.
Aktiviti
– Sesi Forum Interaktif bersama komuniti untuk berkongsi pengalaman dan inspirasi dalam penguasaan kemahiran harian.
– Pengenalan dan demonstrasi kemahiran seperti:
1. Mahir Pertanian Pintar
2. Mahir Jahit
3. Mahir Foto
4. Mahir Baiki Gajet
5. Mahir Masak
– Sesi soal jawab antara peserta dan panel berkaitan peluang pembelajaran dan latihan lanjutan.
– Perkongsian testimoni peserta berjaya dalam bidang-bidang kemahiran.
– Pendaftaran minat untuk penyertaan program lanjutan di bawah NADI Mahir.