Selamat Datang Ke NADI Kg Baru Pokok Assam
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (secara rasmi disingkat sebagai NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif yang diwujudkan pada 16 September 2015 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh
Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.
Ia diwujudkan bagi memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet, serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI. Antara kejayaan yang telah disumbangkan oleh Pusat Internet kepada pembangunan sosio-ekonomi dan modal insan komuniti setempat adalah seperti berikut :
- – melahirkan 16,898 usahawan atas talian
- – membantu 10,962 komuniti celik IT
- – mempromosikan 9,675 tempat menarik di sekitarnya
- – menghasilkan 6,343 video kandungan tempatan
Pada 26 Februari 2024, Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil berkata
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) berkuat kuasa 1 Mac 2024.
OBJEKTIF PENUBUHAN :
– Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
– Menyediakan akses internet secara kolektif di kawasan kurang liputan dan penduduk
berpendapatan rendah.
– Memberikan latihan & program berasaskan ICT, keusahawanan dan multimedia.
– Meningkatkan taraf sosio-ekonomi & modal insan masyarakat luar bandar.
– Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar.
FASILITI & PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
– Fotokopi / Print / Laminate / Scan / Binding.
– Penggunaan PC (20 Unit ) dan Melayari Internet.
– Kelas Asas ICT ( Percuma kepada Ahli berdaftar ).
– Kelas Usahawan.
– Kelas E-Pembelajaran ( Kuiz / Microsoft Office / Editing ).
– E-Tuisyen & E-learning.
PERKHIDMATAN TAMBAHAN :
– Sewaan Ruang NADI ( Seminar / Mesyuarat / Temuduga / perbincangan Kumpulan /
Latihan Pembelajaran ).
– E-Service ( Isi borang Online / Offline ).
– Upah menaip Surat & dokumen.
– Servis membuat profil bisnes.
– Servis design poster / kad Jemputan / resume.
– servis mencetak gambar pasport.
PETUGAS NADI YANG PERLU ANDA KENALI :
SITI AISHAH BINTI KAMARUDIN
PENGURUS NADI
Ijazah Sajana Muda Sains ( Fizik Industri )
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor
018-784 7467
Berkhidmat dari : 26 Oktober 2018
NUR ZAHIDAH BINTI MHD HAZHAR @ MOHD HAZHAR
PENOLONG PENGURUS NADI
Diploma Pebankan & Kewangan Islam
Universiti Sultan Azlan Shah
011-111 94127
Berkhidmat dari : 28 Oktober 2018