mcmc
Maklumat Komuniti

UTAMA

Originally posted 2014-11-20 04:41:41.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (secara rasmi disingkat sebagai NADI) Pusat BDD Kg Baru Pokok Assam,Taiping, Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal kami. Selaras dengan kemajuan teknologi masa kini, internet merupakan instrumen yang amat penting bagi menyampaikan maklumat secara pantas.Melalui laman web ini, pihak kami berharap akan dapat memberi informasi terkini berkaitan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada semua warga Malaysia sebagai salah satu usaha memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan, terutama luar bandar terhadap teknologi maklumat dan komunikasi dan dunia digital sesuai dengan transformasi masyarakat dunia luar. Selain itu, NADI ini dapat membantu meningkatkan taraf eknonomi dan sosial masyarakat melalui pelbagai kemudahan teknologi yang di sediakan dan dilaksanakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Proses ini mampu merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan sebuah projek di bawah Program Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (PPS@USP) yang dijayakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM/MCMC) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Bhd dan di bangunkan oleh MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. selaku pemaju projek, Maka, melalui penubuhan laman web ini, diharap dapat meningkatkan jaringan hubungan di antara komuniti dan NADI . Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang sudi melayari laman web
NADI Pusat BDD Kg Baru Pokok Assam,Taiping, Perak

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (secara rasmi disingkat sebagai NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif yang diwujudkan pada 16 September 2015 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh
Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

Ia diwujudkan bagi memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet, serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI. Antara kejayaan yang telah disumbangkan oleh Pusat Internet kepada pembangunan sosio-ekonomi dan modal insan komuniti setempat adalah seperti berikut :

– melahirkan 16,898 usahawan atas talian
– membantu 10,962 komuniti celik IT
– mempromosikan 9,675 tempat menarik di sekitarnya
– menghasilkan 6,343 video kandungan tempatan

Pada 26 Februari 2024, Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil berkata
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) berkuat kuasa 1 Mac 2024.